Tarikh & Semakan Tempat Mengundi 2018 PRU14 Secara Online

Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun mengumumkan tarikh mengundi 2018 pada 9 Mei (Rabu). Bagi anda yang telah mendaftar sebagai pemilih, anda boleh membuat semakan tempat mengundi PRU14 secara online melalui portal rasmi SPR.

Berikut dikongsikan antara tarikh-tarikh penting PRU14 sebagai makluman awal rakyat Malaysia.

Perlu diingatkan, lebih 3 juta mereka yang layak mengundi belum mendaftar sebagai pengundi. Bagi anda yang mendaftar tahun ini, anda sebenarnya tidak layak untuk mengundi.

Bagi yang sudah mendaftar sebagai pengundi sila buat semakan daftar pemilih dan lokasi mengundi di poral Semakan Online.

Tarikh Mengundi 2018

Seperti ditetapkan SPR tarikh mengundi adalah pada 9 Mei 2018.

Pada tarikh tersebut semua sekolah di Malaysia termasuk sekolah bantuan kerajaan diberikan cuti khas bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya kali ini.

Cuti sekolah 9 Mei telah pun diputuskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada 14 April ini akan diadakan proses penamaan calon bagi setiap parti yang bertanding.

5 Mei pula ditentukan sebagai hari mengundi awal bagi polis, tentera dan sebagainya.

Setiap calon yang akan bertanding perlu membayar wang deposit sebanyak RM10,000 (Parlimen) dan RM5,000 (DUN).

Semakan Tempat Mengundi 2018

Semakan tempat mengundi boleh dibuat di portal rasmi SPR.

Untuk makluman, tahun ini SPR ada membuat pemecahan kawasan. Jadi berkemungkinan lokasi mengundi anda berubah. Jadi anda perlu semak semula lokasi mengundi terkini anda di portal SPR.

Selain itu semakan tempat mengundi juga boleh dibuat menerusi SMS dengan cara:

Taip SPR < jarak > SEMAK < Jarak> NO IC hantar ke 15888

Diharapkan anda bijak memilih kerajaan akan datang. Jangan sesekali terpedaya dengan janji-janji manis manifesto setiap parti. Sila baca dan teliti supaya anda mendapat gambaran sebenar dan pastikan janji tersebuk logik untuk dilaksanakan dan tidak membebankan rakyat.

Walaupun BN menjanjikan kenaikan BR1M sehingga RM2,000, Pakatan Harapan turut menjanjikan pemberian BR1M diteruskan namun hanya untuk golongan yang layak sahaja.

Pakatan Harapan turut berjanji akan menghapuskan GST sebaik mereka menawan Putrajaya. Apa pun sila baca semula manifesto setiap parti bertanding di laman web rasmi mereka.