FAQ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ibu Bapa

Berikut adalah soalan-soalan lazim tentang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS Ibu Bapa.

FAQ ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sistem ini disediakan bertujuan memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar termasuk peperiksaan awal tahun dan akhir tahun.

Namun perlu diingatkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah tidak terpakai untuk  peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Sebelum itu, berikut adalah penggunaan singkatan bagi memudahkan kefahaman anda.

  • SAPS – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • SUP – Setiausaha Peperiksaan
  • GMP – Guru Matapelajaran
  • GK – Guru Kelas
  • KP – Kad Pengenalan
  • APDM – Aplikasi Pangkalan Data Murid
  • JPN – Jabatan Pelajaran Negeri

Masalah Login SAPS

Sekiranya SUP gagal login ke dalam sistem SAPS terdapat beberapa kemungkinan keadaan ini berlaku. Pertama SUP terlupa ID atau kata laluan sebenar. Kedua, SUP tersilap huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan. Sila hubungi HELPDESK bagi mendapatkan kepastian tentang perkara ini.

Sekiranya GMP gagal akses SAPS, GMP tersebut perlu memaklumkan masalah ini kepada SUP sekolah.

SUP akan menyemak terlebih dahulu jika akaun GMP telah pun wujud atau tidak. Jika masih belum wujud, beliau akan menyediakan ID dan kata laluan yang baru.

Jika akaun akaun GMP telah wujud, SUP boleh memberikan ID dan kata laluan tersebut atau membuat reset kata laluan.

Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SUP akan login ke dalam sistem SAPS dan langkah-langkah berikut perlu dilakukan:

  1. Klik MASUK mengikut jenis peperiksaan
  2. Klik KEMUDAHAN
  3. Klik SENARAI PENGGUNA
  4. Login ID dan password pengguna akan dipaparkan

sistem analisis peperiksaan sekolah

Sekiranya sekolah anda belum didaftarkan dalam SAPS, pihak sekolah dikehendaki menghubungi sama ada pegawai perhubungan SAPS di JPN atau pendaftaran sekolah berkenaan ke dalam SAPS.

HELPDESK SAPS akan mendaftarkan kod sekolah untuk sekolah baru tersebut. Selepas pihak sekolah dimaklumkan tentang pendaftaran ini, pihak sekolah hendaklah melantik seorang SUP dan beliau perlu mendaftarkan dirinya sebagai SUP dalam portal SAPS.

Data guru-guru dan pelajar-pelajar perlulah terlebih dahulu dikemaskini di portal APDM oleh pihak sekolah. Setelah siap proses pengemaskinian di APDM, barulah SUP melakukan proses Import ke dalam SAPS.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh download manual penggunaan sistem SAPS di sini.

Leave a Reply