Semakan Penyata Gaji Online Melalui e-Penyata Gaji ANM

Bagaimana membuat semakan penyata gaji online? Kini melalui sistem ePenyata Gaji pastinya memudahkan penjawat awam khususnya membuat semakan dan mencetak slip gaji anda tanpa perlu melibatkan pejabat atau kerani.

Sistem ini dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Sistem ini boleh diakses melalui URL http://www.anm.gov.my/index.html

Semakan Penyata Gaji Online

Mengikut jadual gaji 2018, tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:

  • Januari – 25hb (Khamis)
  • Februari – 8hb (Khamis); Tahun Baru Cina 16 (Jumaat) & 17 (Sabtu) Februari 2018
  • Mac – 22hb (Khamis)
  • April – 25hb (Rabu)
  • Mei – 24hb (Khamis); Hari Pesta Keaamatan 30 (Rabu) & 31 (Khamis) Mei 2018
  • Jun – 7hb (Khamis); Hari Gawai 1 (Jumaat) & 2 (Sabtu) Jun 2018 / Hari Raya Puasa 15 (Jumaat) & 16 (Sabtu) Jun 2018
  • Julai – 25hb (Rabu)
  • Ogos – 14hb (Selasa); Hari Raya Haji 22 Ogos 2018 (Selasa)
  • September – 25hb (Selasa)
  • Oktober – 25hb (Khamis)
  • November – 22hb (Khamis); Hari Deepavali 6 November 2018 (Rabu)
  • Disember – 24hb (Isnin); Hari Krismas 25 Disember 2018 (Selasa)

Proses pembayaran gaji diuruskan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaa, sila hubungi mereka yang terbabit.

Sebagai penjawat awam, adalah satu kemestian anda memberi maklumat yang betul dan sahih dalam setiap urusan termasuk urusan gaji.

Kesilapan dan kegagalan dalam memberi maklumat yang betul boleh menyebabkan:

  • potongan gaji tidak dapat dikreditkan ke akaun yang betul;
  • menyebabkan berlakunya kelewatan semasa penyediaan kertas pencen penjawat awam.

e-Penyata Gaji ANM

Untuk manual penggunaan sistem e-Penyata Gaji ANM, kami syorkan anda layari portal rasmi penyatagaji.com

Melalui portal tersebut, anda boleh mendapatkan segala maklumat berkaitan gaji dan proses pembayaran gaji dibuat sepanjang tahun 2018.