Semakan Keputusan UPSR 2017 Online & SMS Ke 15888

Kemaskini 23 November: Bermula jam 10 pagi hari ini, calon-calon boleh membuat semakan keputusan UPSR 2017 online atau SMS ke 15888.

Untuk makluman bermula tahun ini tiada lagi pengumuman calon paling banyak “A”.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang akan diumumkan hari ini tidak hanya menumpukan kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017, sebaliknya turut membabitkan tiga komponen lain.

Keputusan UPSR 2017 akan mengambil kira pentaksiran bilik darjah (PBD); pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPsi).

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online

upsr 2017 ppsr

Sistem SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan utama seperti UPSR. Jadi semakan keputusan UPSR 2017 mestilah melalui portal rasmi KPM yang akan diaktifkan bermula jam 10 pagi nanti.

Pada hari keputusan diumumkan guru akan menerangkan lebih lanjut berhubung pencapaian anak mereka dalam akademik dan pentaksiran yang dilakukan sepanjang enam tahun di peringkat sekolah rendah.

Menerusi PBD, pentaksiran dilaksanakan semasa PdP dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.

Tujuan pentaksiran dibuat untuk pembelajaran, sebagai pembelajaran dan mengenai pembelajaran menggunakan pelbagai jenis instrumen.

Sementara, melalui PAJSK murid ditaksir melalui SEGAK- Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan;

  • Indeks Jisim Badan (BMI)- bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan;
  • Sukan-penyertaan sukan dan pencapaian sukan di sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

Murid juga ditaksir dalam Kokurikulum- penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform dalam persatuan, unit beruniform di peringkat sekolah, negeri, negara dan antarabangsa, manakala ekstrakurikulum- penyertaan secara sukarela dalam dan luar negara di sekolah serta di dalam dan luar negara.

Menerusi pentaksiran PPsi dibuat untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati untuk murid arus perdana, manakala Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas untuk mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.

Tarikh Keputusan UPSR 2017

Keputusan UPSR tahun ini akan diumumkan pada tarikh 23 November. Calon boleh membuat semakan secara online atau SMS bermula tarikh tersebut hingga 29 November 2017.

Untuk maklumat lanjut, calon boleh layari portal rasmi Negaraku.

Leave a Reply