Semak CCRIS Online Melalui Sistem eCCRIS Bank Negara Malaysia

Rekod CCRIS antara benda penting yang menentukan sama ada pinjaman rumah anda diluluskan atau sebaliknya. Berikut kami kongsikan cara semak CCRIS online melalui sistem baru eCCRIS yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia.

eCCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (atau Central Credit Reference Information System).

Rekod CCRIS ini menyediakan semua maklumat peminjam kepada bank-bank di Malaysia. Melalui rekod tersebut, bank boleh sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.

Anda tidak boleh mendapatkan rekod CCRIS melalui telefon. BNM tidak dibenarkan mendedahkan maklumat CCRIS melalui telefon memandangkan maklumat dalam laporan itu adalah rahsia dan pengesahan tidak boleh dibuat untuk memastikan pemanggil ialah pemilik maklumat tersebut.

Atas sebab itulah sistem eCCRIS diperkenalkan bagi memudahkan rakyat membuat semakan rekod CCRIS secara online.

Semak CCRIS Online Melalui eCCRIS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan rekod CCRIS secara online melalui sistem eCCRIS BNM.

  1. Pergi ke BNM untuk mendaftarkan butiran peribadi
    BNMLINK
    Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
    Tingkat Bawah, Blok D
    Bank Negara Malaysia
    Jalan Dato’ Onn
    50480 Kuala Lumpur
  2. Di BNM terdapat satu kiosk CCRIS, sila ke kiosk tersebut dan daftar sebagai pengguna
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diminta
  4. Masukkan nombor telefon
  5. Selesai mendaftar anda akan terima nombor pin 6 angka
  6. Layari laman web https://eccris.bnm.gov.my/ dan klik pada “First Time Login”
  7. Mulakan pendaftaran di laman web eCCRIS tersebut
  8. Selesai pendaftaran anda kini boleh membuat semakan CCRIS secara online sahaja

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)

semak ccris online

Maklumat yang dilaporkan kepada Biro Kredit disimpan dalam sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS). Pada masa ini, pangkalan data CCRIS mengandungi maklumat kredit kira-kira sembilan juta peminjam di Malaysia.

CCRIS memproses data berkaitan kredit yang diterima daripada institusi kewangan peserta secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Laporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan dan peminjam, apabila diminta.

Tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia, agensi pelapor kredit (credit reporting agencies, CRA) yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelapor Kredit 2010, boleh mendapatkan maklumat kredit peminjam individu dalam CCRIS, dengan kebenaran peminjam yang diperoleh terlebih dahulu. Sehingga hari ini, tiga CRA telah mendapatkan kelulusan ini:

  • Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd;
  • RAM Credit Information Sdn Bhd; dan
  • CTOS Data Systems Sdn Bhd.

Institusi kewangan peserta yang menjadi pelanggan kepada agensi pelapor kredit boleh meminta laporan kredit dengan skor seseorang pemohon atau peminjam secara langsung daripada agensi pelapor kredit bagi memudahkan keputusan pemberian pinjaman mereka.

Kerajaan memperkenalkan bermacam-macam sistem semakan online bagi memudahkan rakyat. Antara yang popular termasuklah sistem SAPS Ibu Bapa bagi memudahkan ibu bapa menyemak slip peperiksaan anak-anak mereka secara online.

Kini diharapkan pengenalan eCCRIS membantu anda menyemak rekod CCRIS sebelum memohon sebagai jenis pinjaman.

Info info lanjut tentang sistem ini, layari portal rasmi Bank Negara Malaysia.