SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar 2017

Keputusan peperiksaan pelajar kini boleh disemak secara online menggunakan SAPS Ibu Bapa atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Melalui sistem ini, ibu bapa boleh mengikuti perkembangan peperiksaan anak-anak dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah.

Namun, SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM kecuali peperiksaan percubaan yang dikendalikan sendiri oleh sekolah.

Semak Slip Peperiksaan Pelajar 2017

Untuk semakan, ibu bapa boleh melayari portal rasmi SAPS NKRA di sini.

Selepas masuk ke halaman utama seperti dalam gambar di bawah, sila masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau nombor sijil lahir sebelum klik button “CARI”.

saps ibu bapa nkra 2017

Kemudian sila masukkan maklumat sekolah pelajar seperti negeri dan nama sekolah terkini.

Akhir sekali klik pada button “SEMAK”.

Sistem SAPS Ibu Bapa akan memaparkan maklumat terkini peperiksaan anak anda beserta gred yang diperoleh.

Pemarkahan SAPS NKRA

Berikut kami kongsikan sistem pemarkahan gred sekolah rendah dan sekolah menengah. Gred ini adalah gred umum yang digunakan di sekolah.

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D  Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Semakan SAPS Ibu Bapa

Berikut adalah takwim untuk memasukkan markah peperiksaan 2017 ke dalam sistem SAPS Ibu Bapa.

Berpandukan takwim ini, ibu bapa boleh membuat semakan SAPS mengikut jadual yang disediakan tahun ini iaitu seperti berikut:

  • Peperiksaan Pertengahan Tahun (18 Mei – 16 Jun)
  • Peperiksaan Percubaan Tahun 6 (20 Julai – 18 Ogos)
  • Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 (14 September – 16 Oktober)
  • Peperiksaan Akhir Tahun (2 November – 24 November)

Tarikh yang sama boleh diguna pakai bagi tahun 1-5 dan tingkatan 1,2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan sistem SAPS, anda boleh hubungi pihak sekolah atau download manual penggunaan SAPS di sini.

Tambahan, bagi pelajar yang menerima bantuan KADS1M anda tidak layak untuk memohon bantuan rakyat 1Malaysia atau BR1M 2018.

Maklumat lanjut rujuk Manual Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Leave a Reply