Sukatan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Imigresen KP29

Bagi anda yang dipanggil menduduki peperiksaan online Penolong Penguasa Imigresen KP29, berikut dikongsikan format dan sukatan peperiksaan terkini dari SPA.

Untuk makluman, jawatan Penolong Penguasa Imigresen berbeza dari jawatan Pegawai Imigresen KP19.

Penolong Penguasa Imigresen KP29 terbuka hanya kepada calon yang memiliki STPM, STAM atau Diploma sahaja.

Bagi calon yang memiliki Ijazah, anda boleh memohon sebagai Penguasa Imigresen KP41.

Peperiksaan Online Penolong Penguasa Imigresen KP29

Setiap kali ada pengambilan baru bagi sesuatu jawatan dalam perkhidmatan awam, SPA akan menganjurkan satu peperiksaan online bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon.

Peperiksaan online Penolong Penguasa Imigresen KP29 ini boleh dianggap sebagai ujian saringan sebelum calon dipanggil ke sesi temuduga yang lebih mencabar.

Peperiksaan kali ini melibatkan 3 seksyen utama iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Ujian Psikometrik

Setiap seksyen adalah penting untuk prestasi mengukur calon.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim lantikan jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP29.

Contoh Soalan Penolong Penguasa Imigresen

Berikut dikongsikan contoh soalan Penolong Penguasa Imigresen bagi setiap seksyen. Contoh soalan ini adalah contoh soalan yang diambil dari portal rasmi SPA.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan perkara berkaitan dengan Undang-undang dan Peraturan Imigresen seperti Akta Pasport 1966 (Akta 150), Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670), keselamatan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, sosial dan lain-lain isu semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas.

Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah, laman web dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan Pengetahuan Am

contoh soalan penolong penguasa imigresen kp29

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

  • Kemahiran Logik
  • Kemahiran Menginterpretasi Data

Contoh Soalan Kemahiran Logik

peperiksaan online penolong penguasa kastam

Contoh Soalan Menginterpretasi Data

Download 100+ Contoh Soalan & Jawapan

Bagi calon yang ingin mendapatkan lebih 100 contoh soalan beserta jawapan setiap seksyen, anda boleh mengisi borang di bawah untuk kami emelkan dokumen tersebut.

Pastikan anda menggunakan alamat emel yang betul sahaja.