Maklumat Jawatan Pegawai Belia Dan Sukan S41 (Kemaskini 2018)

Bagi anda yang dipanggil menduduki peperiksaan online Pegawai Belia dan Sukan S41, berikut dikongsikan sedikit pengenalan maklumat jawatan tersebut.

Pegawai Belia dan Sukan berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.

Jawatan ini hanya untuk anda yang memiliki Ijazah, Sarjana atau PHD.

Untuk memohon jawatan tersebut, anda perlu mengisi borang SPA8i secara online di portal rasmi SPA.

Pegawai Belia dan Sukan S41

Pegawai Belia dan Sukan bertanggungjawab merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan.

Tugas mereka termasuklah memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.

Baca juga: Maklumat Jawatan Pegawai Imigresen KP19

Gaji

Gaji permulaan sebagai Pegawai Belia dan Sukan bermula dari RM2,078 dan boleh mencecah maksimum gaji RM9,544.

Kadar kenaikan gaji tahunan adalah kadar rata bagi jawatan berkelulusan Ijazah iaitu RM225 setahun.

Syarat Lantikan

Calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut perlulah memenuhi syarat lantikan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)
  • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

Calon juga mestilah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Belia dan Sukan, anda layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat oleh Pihak Berkuasa Melantik namun tertakluk kepada kekosongan jawatan dan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.

Anda juga perlu menduduki peperiksaan khas bagi urusan kenaikan pangkat tersebut.

Had umur pelantikan adalah seperti berikut:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Sumber: Portal Rasmi SPA