Jadual Pembayaran BR1M 2018 & Syarat Kelayakan Permohonan

Portal rasmi BR1M 2018 sudah pun mengeluarkan jadual pembayaran BR1M 2018 yang akan mula dibayar pada bulan Februari, Jun dan Ogos tahun depan.

Pemberian BR1M sama seperti tahun sebelumnya di mana 3 kategori penerima akan mendapat manfaat dari Bantuan Rakyat 1Malaysia ini.

Antaranya:

  • Kategori 1: Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Kategori 2: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
  • Kategori 3: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Jadual Pembayaran BR1M 2018

Bagi permohonan kategori 1, bayaran BR1M adalah sebanyak RM450 pada bulan Februari.

Bagi kategori 2 pula, bayaran BR1M sebanyak RM300 pada 3 bulan tersebut menjadikan jumlah pembayaran sebanyak RM900.

Manakala bagi kategori 3, bayaran BR1M maksimum RM1,200 akan dibayar secara berasingan; RM400 untuk 3 bulan tersebut.

Bagi pemohon yang pernah menerima BR1M sebelum ini, anda wajib mengemaskini permohonan anda sekali dalam tempoh 3 tahun. Jika gagal berbuat demikian, permohonan BR1M 2018 anda mungkin gagal.

Ini kerana kerajaan akan membuat proses verifikasi maklumat dengan beberapa jabatan untuk mengesahkah maklumat yang diberikan pemohon tepat atau sebaliknya.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M

Bagi anda yang ingin memohon BR1M buat pertama kalinya, berikut antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan, antaranya:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Untuk makluman pelajar-pelajar yang menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia atau KADS1M, anda tidak layak menerima bantuan BR1M kali ini.

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan & proses kemaskini BR1M 2018, sila layari portal rasmi LHDN.

Anda juga boleh terus walk in ke kaunter sekretriat BR1M di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Atau hubungi talian hotline mereka di nombor 1-800-88-2716.

Leave a Reply