BRIM 2018: Semakan Status Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia

BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2012. Kini pemberian BRIM 2018 dijangka memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dari seluruh Malaysia.

Permohonan baru BR1M dan kemaskini dilanjutkan sehingga 25 Januari.

Kepada anda yang ingin membuat permohonan baru, sila berbuat demikian di portal rasmi eBR1M LHDN.

BRIM adalah sebuah polisi pembayaran secara sekali untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah atau individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Semakan Status BRIM 2018

Anda boleh check BRIM 2018 di portal rasmi https://ebr1m.hasil.gov.my/

Bagi pemohon baru, pastikan anda memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018

Setiap pemohon wajib mengemukakan beberapa dokumen kepada pihak LHDN bagi urusan pengesahan. Antara dokumen yang perlu dihantar ialah:

  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau dokumen perjalanan seperti pasport dan Visa bagi pasangan / tanggungan bukan warganegara Malaysia.
  • Salinan pembuktian status perceraian / kematian pasangan bagi status Ibu Bapa Tunggal / Balu /Janda / Duda (jika berkaitan). Sijil perceraian pemohon yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau JPN

Permohonan BRIM 2018 anda boleh ditolak sekiranya anda melakukan beberapa kesalahan di bawah:

  1. Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
  2. Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
  3. Memohon lebih dari satu kali (suami/isteri membuat permohonan berasingan).
  4. Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.
  5. Pelajar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.
  6. Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan makan gaji.
  7. Pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara.
  8. Penerima BR1M sejak 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun.
  9. Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.

Jadi pastikan segala maklumat yang diberikan tepat dengan situasi semasa anda kerana pihak LHDN berhak untuk menyemak segala butiran peribadi anda di setiap agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi tujuan pengesahan.

Sekiranya maklumat yang diberikan palsu atau tidak tepat, LHDN akan membatalkan permohonan BRIM anda serta merta. Anda juga mungkin disenarai hitam daripada menerima / memohon BRIM tahun berikutnya.

Untuk maklumat lanjut tentang ini, pastikan anda rujuk artikel BR1M di web Semakan Online.

Bagi anda yang ingin mencari pendapatan sampingan tanpa mengharapkan bantuan kerajaan, anda boleh kerja part time sebagai pemandu Uber. Baca cara mendaftar sebagai pemandu Uber di Malaysia.