Permohonan ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada bulan Oktober lalu, Perdana Menteri ada mengumumkan skim ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia 2050.

Melalui skim ini, semua bayi yang lahir bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan menerima insentif RM200 dalam bentuk unit amanah saham.

Pemberian dana tersebut layak untuk semua tanpa mengira kaum.

Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan ibubapa memulakan dana tabungan untuk anak-anak mereka.

Syarat Kelayakan ADAM50

Seperti yang dipetik dari Semakan Online, berikut adalah syarat untuk memohon skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050.

  • Bayi lahir pada 01 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022
  • Bayi merupakan warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa atau penjaga berdaftar merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  • Ibu atau bapa atau penjaga berdaftar tidak diisytiharkan muflis semasa pendaftaran ADAM50 dibuat

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat tersebut, anda boleh membuat permohonan melalui Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara seperti:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic

adam50 amanah dana anak malaysia 2050

Pemohon perlu membawa bersama beberapa dokumen yang diperlukan antaranya:

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu atau bapa atau penjaga berdaftar
  • Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima)
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

Pemohon hanya perlu mengisi borang yang disediakan. Sekiranya layak, RM200 akan dikreditkan ke akaun terlibat.

Namun perlu diingatkan 200 unit insentif tersebut tidak boleh dijual semula dan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

Untuk lebih banyak maklumat berkaitan ADAM50, boleh rujuk di laman web ANSB dengan klik di sini.

Baca juga: Cara Semak CCRIS Online