Semakan Keputusan UPSR 2017 Online & SMS Ke 15888

upsr 2017 ppsr

Kemaskini 23 November: Bermula jam 10 pagi hari ini, calon-calon boleh membuat semakan keputusan UPSR 2017 online atau SMS ke 15888.

Untuk makluman bermula tahun ini tiada lagi pengumuman calon paling banyak “A”.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang akan diumumkan hari ini tidak hanya menumpukan kepada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017, sebaliknya turut membabitkan tiga komponen lain.

Keputusan UPSR 2017 akan mengambil kira pentaksiran bilik darjah (PBD); pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPsi).

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online

upsr 2017 ppsr

Sistem SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan utama seperti UPSR. Jadi semakan keputusan UPSR 2017 mestilah melalui portal rasmi KPM yang akan diaktifkan bermula jam 10 pagi nanti.

Pada hari keputusan diumumkan guru akan menerangkan lebih lanjut berhubung pencapaian anak mereka dalam akademik dan pentaksiran yang dilakukan sepanjang enam tahun di peringkat sekolah rendah.

Menerusi PBD, pentaksiran dilaksanakan semasa PdP dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.

Tujuan pentaksiran dibuat untuk pembelajaran, sebagai pembelajaran dan mengenai pembelajaran menggunakan pelbagai jenis instrumen.

Sementara, melalui PAJSK murid ditaksir melalui SEGAK- Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan;

  • Indeks Jisim Badan (BMI)- bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan;
  • Sukan-penyertaan sukan dan pencapaian sukan di sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

Murid juga ditaksir dalam Kokurikulum- penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform dalam persatuan, unit beruniform di peringkat sekolah, negeri, negara dan antarabangsa, manakala ekstrakurikulum- penyertaan secara sukarela dalam dan luar negara di sekolah serta di dalam dan luar negara.

Menerusi pentaksiran PPsi dibuat untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati untuk murid arus perdana, manakala Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas untuk mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.

Tarikh Keputusan UPSR 2017

Keputusan UPSR tahun ini akan diumumkan pada tarikh 23 November. Calon boleh membuat semakan secara online atau SMS bermula tarikh tersebut hingga 29 November 2017.

Untuk maklumat lanjut, calon boleh layari portal rasmi Negaraku.

SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar 2017

saps ibu bapa nkra 2017

Keputusan peperiksaan pelajar kini boleh disemak secara online menggunakan SAPS Ibu Bapa atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Melalui sistem ini, ibu bapa boleh mengikuti perkembangan peperiksaan anak-anak dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah.

Namun, SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM kecuali peperiksaan percubaan yang dikendalikan sendiri oleh sekolah.

Semak Slip Peperiksaan Pelajar 2017

Untuk semakan, ibu bapa boleh melayari portal rasmi SAPS NKRA di sini.

Selepas masuk ke halaman utama seperti dalam gambar di bawah, sila masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau nombor sijil lahir sebelum klik button “CARI”.

saps ibu bapa nkra 2017

Kemudian sila masukkan maklumat sekolah pelajar seperti negeri dan nama sekolah terkini.

Akhir sekali klik pada button “SEMAK”.

Sistem SAPS Ibu Bapa akan memaparkan maklumat terkini peperiksaan anak anda beserta gred yang diperoleh.

Pemarkahan SAPS NKRA

Berikut kami kongsikan sistem pemarkahan gred sekolah rendah dan sekolah menengah. Gred ini adalah gred umum yang digunakan di sekolah.

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D  Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D  Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir

Semakan SAPS Ibu Bapa

Berikut adalah takwim untuk memasukkan markah peperiksaan 2017 ke dalam sistem SAPS Ibu Bapa.

Berpandukan takwim ini, ibu bapa boleh membuat semakan SAPS mengikut jadual yang disediakan tahun ini iaitu seperti berikut:

  • Peperiksaan Pertengahan Tahun (18 Mei – 16 Jun)
  • Peperiksaan Percubaan Tahun 6 (20 Julai – 18 Ogos)
  • Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 (14 September – 16 Oktober)
  • Peperiksaan Akhir Tahun (2 November – 24 November)

Tarikh yang sama boleh diguna pakai bagi tahun 1-5 dan tingkatan 1,2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan sistem SAPS, anda boleh hubungi pihak sekolah atau download manual penggunaan SAPS di sini.

Tambahan, bagi pelajar yang menerima bantuan KADS1M anda tidak layak untuk memohon bantuan rakyat 1Malaysia atau BR1M 2018.

Jadual Pembayaran BR1M 2018 & Syarat Kelayakan Permohonan

br1m 2018

Portal rasmi BR1M 2018 sudah pun mengeluarkan jadual pembayaran BR1M 2018 yang akan mula dibayar pada bulan Februari, Jun dan Ogos tahun depan.

Pemberian BR1M sama seperti tahun sebelumnya di mana 3 kategori penerima akan mendapat manfaat dari Bantuan Rakyat 1Malaysia ini.

Antaranya:

  • Kategori 1: Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  • Kategori 2: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
  • Kategori 3: Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Jadual Pembayaran BR1M 2018

Bagi permohonan kategori 1, bayaran BR1M adalah sebanyak RM450 pada bulan Februari.

Bagi kategori 2 pula, bayaran BR1M sebanyak RM300 pada 3 bulan tersebut menjadikan jumlah pembayaran sebanyak RM900.

Manakala bagi kategori 3, bayaran BR1M maksimum RM1,200 akan dibayar secara berasingan; RM400 untuk 3 bulan tersebut.

Bagi pemohon yang pernah menerima BR1M sebelum ini, anda wajib mengemaskini permohonan anda sekali dalam tempoh 3 tahun. Jika gagal berbuat demikian, permohonan BR1M 2018 anda mungkin gagal.

Ini kerana kerajaan akan membuat proses verifikasi maklumat dengan beberapa jabatan untuk mengesahkah maklumat yang diberikan pemohon tepat atau sebaliknya.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M

Bagi anda yang ingin memohon BR1M buat pertama kalinya, berikut antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan, antaranya:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Untuk makluman pelajar-pelajar yang menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia atau KADS1M, anda tidak layak menerima bantuan BR1M kali ini.

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan & proses kemaskini BR1M 2018, sila layari portal rasmi LHDN.

Anda juga boleh terus walk in ke kaunter sekretriat BR1M di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Atau hubungi talian hotline mereka di nombor 1-800-88-2716.

Bridge Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)

Bridge Sukarelawan Khidmat Negara atau BSKN dilancarkan pada 14 Oktober 2011 oleh YAB Perdana Menteri dalam satu Program Perhimpunan Kami Anak 1Malaysia yang melibatkan bekas-bekas pelatih PLKN telah diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil, dihadiri seramai 15 ribu Alumni PLKN.

BSKN ditubuhkan untuk menjalankan kerja-kerja sukarelawan dalam masyarakat.

Selain daripada itu, penubuhan Briged ini juga diharap dapat membantu meluaskan capaian objektif PLKN di kalangan golongan dewasa khususnya berkenaan perpaduan kaum dan semangat kesukarelaan.

Nama BSKN ini dipilih sendiri oleh YAB Perdana Menteri dan pemilihan ini tepat memandangkan alumni PLKN pada masa ini telah mencecah kepada angka sebanyak 600 ribu ahli.

Selain daripada menyahut hasrat YAB Perdana Menteri, penubuhan BSKN ini juga dilihat dapat meluaskan capaian objektif pembangunan modal insan bukan sahaja pada peringkat anak remaja yang menjalani latihan PLKN tetapi juga bekas anggota PLKN yang telah dewasa dan masih mahu menyumbang khidmat kepada anggota masyarakat secara sukarela.

Untuk makluman, anda juga boleh memohon sebagai pelatih sukarela PLKN 2018.

Hala Tuju Bridge Sukarelawan Khidmat Negara

bskn 2018

Briged Sukarelawan Khidmat Negara  (BSKN)merupakan sebuah badan Sukarelawan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara merupakan penaung kepada BSKN.

BSKN di peringkat induk diketuai oleh Pengerusi BSKN dan dibantu oleh Timbalan Pengurusi BSKN, Setiausaha dan Exco-exco yang terdiri daripada bekas-bekas pelatih PLKN. Exco-exco ini bertanggungjawab mengkoordinasikan program-program kesukarelaan yang dirancang untuk digerakkan ke peringkat kem PLKN. BSKN peringkat kem pula akan diawasi dan diselia oleh pihak kem.

Bahagian Sukarelawan dan Alumni (BSA) di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah ditubuhkan secara rasminya pada 05 Mac 2012.

BSA bertanggungjawab di dalam menguruskan hal ehwal bekas pelatih terutamanya pelaksanaan dan pengendalian Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN). Diketuai oleh seorang Pengarah, tiga orang pegawai dan 11 orang staff. Berikut adalah carta organisasi BSA:

bridge sukarelawan khidmat negara

Fungsi BSKN

Peranan Briged ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja kesukarelaan secara berstruktur bersama-sama agensi-agensi peneraju, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.  Fungsi Briged adalah seperti berikut:

  1. Bencana: Membantu pihak berkuasa dalam kerja-kerja yang berkaitan di lokasi bencana.
  2. Kemasyarakatan & sosial: Membantu dalam kerja-kerja kesukarelaan yang melibatkan aktiviti sosial dan kemasyarakatan di hospital, rumah kebajikan, kemudahan-kemudahan awam dan lain-lain tempat yang bersesuaian.
  3. Projek: Berfungsi sebagai pasukan penghubung dalam mendapatkan dana yang bersesuaian dalam program yang dirancang dan memantau kelancaran program yang dijalankan.
  4. Alam Sekitar: Melaksanakan aktiviti yang melibatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar termasuk membantu dalam menyalurkan maklumat awal kepada pihak berkuasa berkenaan risiko bencana alam seperti tanda awal tanah runtuh dan halangan yang wujud di sungai yang boelh menyebabkan banjir.
  5. Penerangan & publisiti: Menyampaikan maklumat dan informasi mengenai pergerakan dan aktiviti BSKN serta turut bertanggungjawab menarik lebih ramai alumni PLKN untuk menyertai dan bergerak aktif dalam Briged ini.
  6. Akademik: Menganjurkan program motivasi / bimbingan akademik ke atas kumpulan sasar yang ditetapkan dengan melibatkan alumni PLKN yang berjaya dan mempunyai kemahiran tertentu.
  7. Sukan: Penglibatan sebagai sukarelawan dalam sukan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan serta masyarakat setempat.

Pendaftaran BSKN 2018

Untuk anda yang ingin mendaftar sebagai Bridge Sukarelawan Khidmat Negara BSKN 2018, pendaftaran boleh dibuat terus di portal rasmi BSKN atau klik link di bawah:

http://bskn.khidmatnegara.gov.my/site/index

Untuk makluman lanjut program PLKN 2018 anda boleh layari https://semakanonline.com/plkn/